Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
Friday, September 21, 2012
Rasulullah s.a.w. memberi semangat kepada orang yang berbuat dosa untuk bangkit memulakan hidup baru dengan lebih baik. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Orang yang bertaubat daripada dosa, seolah-olah dia tidak berdosa." (Riwayat Ibn Majah)
Begitu juga, perhatian Allah kepada manusia yang menyegerakan taubat apabila terlanjur berbuat dosa, maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah 2: 222)
Inilah janji Allah s.w.t. bagi mereka yang bersalah dan ingin bertaubat.
Hal ini memang tidak menyenangkan syaitan. Jadi, syaitan akan menjalankan tipu daya berikutnya iaitu berusaha melengah-lengahkan taubat seseorang. Jika seseorang telah membuat dosa segeralah minta ampun, syaitan akan menangis kerana penat lelahnya menghasut manusia tidak berhasil.
~> Oleh sebab itu, beri galakan kepada anak-anak untuk bertaubat walaupun membuat kesalahan berkali-kali. Nampakkan kasih sayang Allah s.w.t. yang Maha Luas itu. Jika Allah mendatangkan ujian-ujian-Nya, pasti Dia juga bersama-sama kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment